Saturday, January 19, 2013

Jual-Beli Used Books di QReazant


Ramai yang bertanya sama ada kami membeli buku terpakai atau tidak. Jawapan nya, TIDAK.

Mengikut pengalaman, ramai yang memberi buku kepada kami bertujuan hendak get rid of the books sahaja so we ended up with buku buku seperti buku IT tahun 80an, novel yang telah bercop perpustakaan lain, buku kanak kanak yang telah terkoyak dan berconteng serta pelbagai lagi jenis buku yang unusable danunreadable. Oleh sebab itu, kami agak keberatan untuk menambah stok buku kami dengan used books, apatah lagi hendak membelinya daripada orang awam.

Walau bagaimana pun, kami masih menerima selected books dan memberi store credit sebagai token of appreciation kepada pemberi buku. Store credit tersebut boleh digunakan sebagai sebahagian daripada bayaran sewa buku di QReazant. Nilai store credit diberi berdasarkan condition buku dan estimation kami terhadap berapa anggaran jumlah pembaca yang akan menyewa buku tersebut. Tetapi maaf, kami tidak dapat menampung kos penghantaran bagi tujuan ini.

Contoh penggunaan store credit kami:
Jumlah store credit yang diterima dari QReazant = RM7
Pekej yang dilanggan = 3 buku untuk RM38 sebulan yang dibayar setiap 3 bulan
Oleh itu, jumlah bayaran langganan yang perlu dijelaskan pada tempoh pembayaran berikutnya
= (RM38 x 3 bulan) - RM7 = RM107 sahaja

Secara am nya, buku/bahan bacaan terpakai mempunyai nilai jual balik yang amat kecil di Malaysia. Cadangan kami adalah jika terdapat koleksi buku buku teks lama, majalah dan juga buku novel yang kekuningan, jualkan lah sahaja kepada recycling centre atau pengumpul surat kabar lama. Kami paham akan sentimental value bahan bacaan tersebut tetapi percayalah... di dalam era internet yang pesat dimanainformation boleh berubah setiap hari, printed materials terutama sekali buku teks amat cepat menjadi out-of date. Bagi kebanyakan buku teks, information nya hanya valid di pakai setahun dua sahaja. Tidak perlu lah kita menyimpan buku buku tersebut dengan niat hendak di pass down kepada orang lain. Niat baik kita itu akan end up menyusahkan orang itu sahaja kerana mereka pula yang terpaksa mencari jalan untukdispose buku buku tersebut.

Jika anda mempunyai koleksi buku novel yang masih elok dan hendak di let go tanpa mengharapkan bayaran cash, sila lah datang ke premis QReazant di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Dengan sukacitanya kami akan menerima buku buku anda.


No comments:

Post a Comment