Saturday, January 10, 2015

Temuramah bersama penulis novel Melayu, Syamnuriezmil


Kenalkah anda dengan penulis Syamnuriezmil? Ikuti temu bual kami bersama beliau.



QReazant:
Boleh ceritakan serba sedikit mengenai Syamnuriezmil? Bila dilahirkan dan di mana? Sekolah rendah, menengah dan universiti? Kini bekerja di mana, dan sebagai apa?

Syamnuriezmil:
Saya di lahirkan di Klang, Selangor. Bersekolah rendah di SRK Methodist, Pelabuhan Klang, sekolah menengah di Sek Agama Menengah Tinggi Hisamuddin Kg Jawa. Saya merupakan pemegang diploma in investment analysis, UiTM Segamat dan BA (Hons) Finance, UiTM Shah Alam. Saya pernah ambil MBA di USM. Saya dah 12 tahun bekerja di sebuah bank dan memegang jawatan sebagai pengurus. 4 tahun di cawangan Penang, dan sudah 8 tahun di cawangan Ipoh.

QReazant:
Bagaimana dapat nama pena Syamnuriezmil? Tak rasa ke macam susah nak sebut?


Syamnuriezmil:

Nama pena saya dicipta pada usia saya 13 tahun. Hasil gabungan nama saya, kawan dan tokoh islam - Al-Khawarizmi. Tak susah pun sebut nama pena saya SYAM-NUR-IEZ-MIL

QReazant:
Sejak bila mula menulis? Adakah terus di blog ataupun buku buku conteng sekolah? Adakah menulis ini untuk saja saja nak tambah side income atau memang suka menulis?

Syamnuriezmil:
Saya mula menulis sejak saya berusia 12 tahun. Saya mula dengan menulis lirik lagu bersama kawan baik saya, bernama Beverly Lim. Kemudian bila masuk sekolah menengah, saya start menulis cerita cerpen guna buku 555. Lepas tu, baru pakai buku latihan sekolah dan cerita saya dipas pas dalam sekolah. Lepas tu, saya start menulis untuk majalah sekolah dan jadi editor untuk majalah kaunseling. Saya juga penulis skrip lakonan teater di sekolah. Seterusnya aktif menulis sehingga ke peringkat universiti. Saya tak mula dengan blog. Saya mula dengan menghantar karya ke Penulisan2u.
Kemudian baru saya start di blog. Masa tu, blog saya ialah shakespeareinlove.blogspot.com.

Lepas tu, saya aktif terus di blog starting Mac 2011 sampai sekarang di syamnuriezmil.wordpress.com.

Menulis adalah darah yg mengalir dalam diri saya, saya tak boleh lari, sebab saya berdarah sasterawan negara. Ramai tok-tok, pak cik-pakcik, mak cik-makcik saya ialah sasterawan negara. Menulis dan melukis, merupakan hobi saya. tapi skrang menulis dah jadi macam kemestian setiap hari.

QReazant:
Kami dapat tahu Syamnuriezmil menghidap penyakit kencing manis tahap kronik. Adakah idea untuk menulis datang ketika dialisis?

Syamnuriezmil:
Pembetulan. Saya tak kena dialysis sebab saya ada penyakit kencing manis. Ramai orang ingat rawatan dialysis adalah untuk kencing manis. Tapi sebenarnya banyak faktor penyebab anda perlu dialysis. Macam saya, saya kena dialysis sebab saya ada penyakit darah tinggi melampau menyebabkan kedua-dua buah pinggang saya shut down. Itu sebab saya kena menerima rawatan dialysis selama 4 jam setiap 3 kali seminggu.

Idea bukan datang sewaktu dialysis. Bila-bila masa dia nak datang, dia akan mailah, tapi selalunya, time saya menulis adalah antara pukul 4 pagi ke 7 pagi. Pada pukul 7 pagi, saya akan post dalam belog saya sebelum saya pi kerja kul 8.00 pagi. Begitulah setiap hari. Saya jarang-jarang menulis waktu dialysis kecuali masa tu, saya ada deadline. Sebab susahlah sikit nak menaip.. satu jari sajakan.

QReazant:
Dalam banyak banyak koleksi cerpen dan novel, buku manakah buku paling diminati dan kenapa?

Syamnuriezmil:
Cerita saya lain-lain dan setiap satu cerita, ada macam-macam yg saya tempuhi. Tapi, saya paling suka menulis cerita ala ala bahasa istana. Cerpen itu bertajuk, cerita cinta dongeng, sebuah cerpen yang lainlah drpd cerpen-cerpen yg biasa ditulis.

QReazant:
Saya dapati cover cover hero buku Syamnuriezmil di FB selalunya Mat Salleh. Kenapa ye?

Syamnuriezmil:
Cover hero buku, Mat Saleh? Yang mana? TAM? Satu je, mana ada banyak. Tu sebab, TAM tu, saya ambil watak Theo James. Kalau cover sebenar TAM, bukan gambar Theo tu. Lagipun, kalau dicetak, mustahil nak dapat cover Theo James.

QReazant:
Tak teringin ke nak jadikan menulis itu pekerjaan sepenuh masa?

Syamnuriezmil:
Saya dah menulis, lebih daripada penulis sepenuh masa. Kalau saya menulis sepenuh masa, saya takut orang lain tak boleh cari makan. Hahahah, tahun lepas 2014, saya sudah mengeluarkan 14 buku. Saya rasa cukuplah, saya hanya menulis separuh masa. Probably another 6 years lah, lepas the chapter, kedai saya betul betul stabil.

QReazant:
Jika buku buku Syamnuriezmil didramakan apakah perasaan Syamnuriezmil sekiranya cerita di tv itu tidak sama seperti dalam buku?

Syamnuriezmil:
Saya dah ada satu buku yg didramakan, tapi belum keluar. Saya tak tahu, macam mana cerita yang mereka buat so, saya tak boleh nak judge. Tapi, saya juga ada satu buku lagi yang difilemkan dan bakal keluar 22 Jan. Saya dah tengok. Kita kena educate pembaca... bukan senang 500 mukasurat untuk dijadikan 110 minit punya cerita. Orang pun baca cerita 500 mukasurat ambil masa 2 hari utk habiskan. So, kenalah faham. Asalkan tak lari morale of the story, saya okey je.

QReazant:
Apakah nasihat Syamnuriezmil pada individu yang teringin untuk menjadi penulis tapi masih ada perasaan ragu-ragu?

Syamnuriezmil:

Dulu pun saya tak delah confident sangat nak hantar cerita saya ke Penulisan2u. Yelah berpuluh ribu yang baca kan, takut kena hentam. So, sebelum saya kena hentam, saya bagilah kawan-kawan saya baca dulu. Lepas mereka kata okey, barulah saya berani hantar. Nak jadikan rezeki, karya saya diterima dan menjadi penulis pertama untuk karyaseni. Kalau tak ada tindakan, memanglah tak jalan. Basikal kalau tak dikayuh, pun tak akan stabil. So, kenalah berani lagipun,kalau cerita yang ditulis itu bagus, mustahil tak ada yang akan suka.



_____________________________________________________


Di QReazant, kami memiliki hampir kesemua novel-novel karya Syamnuriezmil. Anda juga boleh layari karya-karya beliau yang belum dibukukan di syamnuriezmil.wordpress.com