Wednesday, June 24, 2015

Sokongan kepada kedai-kedai buku indie di UK

Novelis terkemuka, James Patterson telah menawarkan geran yang kini mencapai jumlah £500,000 kepada kedai-kedai buku indie di UK dan Ireland bagi menggalakkan penjualan buku kanak kanak dan aktiviti galakan membaca kelolaan kedai-kedai indie ini di negara tersebut.


Galakan kepada indie booksellers memang kuat di UK kerana ramai rakyat UK yang berpegang kepada prinsip menyokong perniagaan ahli komuniti sendiri bagi membantu ekonomi masyarakat setempat.

Antara kedai-kedai buku indie di sekitar London

Malah, terdapat pelbagai organisasi besar dalam industri buku mereka yang menganjurkan pertandingan dan anugerah khas kepada kategori Independent Book Shop.

Tanda yang ditampal di hadapan pintu kedai yang menyatakan kedai buku indie ini telah memenangi anugerah

Apa yang lebih menggalakkan usaha untuk menyelamatkan independent book shops adalah kedai kedai ini kini tergugat dengan penjualan buku secara online dan juga penambahan kedai-kedai buku besar yang bersifat komersial.

Keunikan kedai buku indie adalah oleh kerana saiz nya yang kecil dan kebanyakan nya di jaga oleh tuan punya kedai sendiri, layanan yang diberikan kepada pelanggan adalah lebih personal. Koleksi buku yang terdapat di kedai-kedai indie juga banyak bergantung kepada tuan punya kedai dan ini menyebabkan kedai-kedai ini mempunyai niche tersendiri. Suasana di kebanyakan kedai buku indie adalah sangat selesa dan mereka banyak menjalankan aktiviti aktiviti galakan membaca seperti book club yang menjurus kepada minat di komuniti mereka. 

Di Malaysia, penerbit buku buku indie telah mula menempa nama di kalangan pembaca buku tempatan. Tetapi, populariti kedai-kedai buku indie di Malaysia tidak meningkat sepantas yang diharapkan. Komisyen yang diperolehi daripada penjualan buku tidak lah sebanyak mana. Kebiasaan nya 30% daripada harga jualan. Support your local bookstores! Semoga industri kedai buku indie di Malaysia akan bertahan lama seperti di UK.

A hat tip to Ms.Ida Zuriani, the founder of Malaysian storymaker app Thinking Tales, for bringing this info to our attention :)

Source: 
http://www.booksellers.org.uk/Campaigns/jamespattersonlovesbookshops