Tuesday, July 7, 2015

Buku aktiviti kanak kanak: 'Look and Find'

Jika anda berkunjung ke QReazant, salah satu jenis buku yang boleh anda dapati di ruangan bacaan kanak kanak kami adalah buku aktiviti Look and Find.

Antara buku buku Look and Find dalam koleksi QReazant

Ingat tak kamus bergambar pada zaman 90an dahulu? Kebiasaannya di tengah tengah muka surat akan ada imej yang besar dan dikelilingi gambar gambar kecil yang menamakan item item di dalam imej tersebut. Pernah tak main cari gambar gambar kecil itu di dalam imej besar? Begitulah concept buku Look and Find.

Salah satu aktiviti dalam buku Look and Find bertemakan karektor Sofia the First

Aktviti mencari dan memadankan ini boleh menarik minat anak anak kecil seawal 2 tahun. Dan mereka akan mahu melakukannya again and again! Tambahan pula, buku buku ini menggunakan karektor yang familiar kepada kanak kanak seperti karektor dari siri siri di saluran Disney Junior, Nickelodeon dan Sesame Street.

Saiz nya yang kecil menyenangkan anak anak membawa buku ini kemana mana

Buku Look and Find versi English boleh dibeli di kedai buku murah, BookXcess atau jualan gudang buku Big Bad Wolf. Manakala, versi Bahasa Malaysia boleh di dapati di kedai buku Popular. Tetapi, memandangkan aktiviti buku ini lebih menumpukan kepada imej dan gambar, bahasa tidak memainkan peranan yang penting dalam pilihan untuk mendapatkan buku Look and Find


Walaupun buku buku ini menggunakan copyrighted characters yang original, harga nya tidak lah semahal buku buku official merchandise yang lain. Kami mendapatkan buku buku ini dalam lingkungan harga RM9 ke RM15 sebuah.

Jangan lupa untuk mencuba aktiviti buku Look and Find bersama anak kecil anda apabila mengunjungi QReazant!